Pasaran batu landak

Batu landak yang terdapat di pasaran kini boleh dibahagikan kepada tiga kelas iaitu tulen, palsu dan separuh tulen.

Batu tulen

Batu ini diperolehi sepenuhnya dari perut landak. Kadang-kalanya ia melebihi sebiji. Batu ini langsung tidak bercampur dengan komposisi lain. Batu tulen ini akan memberi kesan perubatan yang sepatutnya kepada pesakit yang mengambilnya.

Batu palsu

Batu ini bukan dihasilkan daripada landak dan kemungkinannya ia diperbuat daripada campuran herba, ubat-ubatan, komposisi makanan atau bukan makanan. Batu ini langsung tidak mengandungi sebarang komposisi batu landak. Oleh itu, khabar angina mengenai kemungkinan batu palsu ini membahayakan kesihatan manusia juga sering diuar-uarkan. Disebabkan batu palsu tidak mengandungi komposisi batu landak tulen, pesakit yang mengambilnya tidak akan mendapat kesan perubatan yang diharapkan.Tambahan pula, sekiranya terdapat peniaga yang sengaja menambah bahan kompetitif seperti steroid ke dalam batu palsu, ia mungkin akan memudaratkan kesihatan manusia. Secara klinikalnya, steroid ialah ubat yang baik kerana dapat mengubati penyakit seperti kanser, edema otak, penyakit paru-paru, sakit sendi, asma, penyakit kulit, dan meningitis. Steroid sememangnya dapat mengurangkan kebanyakan simptom penyakit-penyakit tersebut supaya penyakit-penyakit tersebut dapat dikawal dalam masa yang singkat. Namu menurut kajian penyelidikan oleh USDA, steroid buatan manusia ini akan memudaratkan dan meninggalkan kesan sampingan yang serious terhadap organ dalaman manusia. Kesan sampingan yang dimaksudkan merangkumi pendarahan perut, kecederaan hati, diabetes, obesiti, osteoporosis, edema, jerawat bertambahan, peningkatan risiko sakit jantung dan strok dan lain-lain. Kesan sampingan yang dihasilkan tidak dapat diubati.

Batu separuh tulen

Batu ini dihasilkan dengan menggunakan campuran antara separuh komposisi batu tulen dengan herba, ubat-ubatan, komposisi makanan atau bukan makanan. Teknik penghasilan terkini ialah pertambahan organ dalaman dan sisa makanan yang terdapat dalam bahagian perut landak. Walaupun sisa tersebut mempunyai bau dan nilai perubatan batu tulen, namun adalah kemungkinan juga batu ini akan memudaratkan badan manusia disebabkan terdapat komposisi lain dalm batu separuh tulen ini. Mengenai batu separuh tulen ini, walaupun pakar menilai batu landak telah memastikan batu ini bukan batu tulen dari segi luaran, warna dan linkungan tetapi masih terdapat keadaan pesakit yang bertambah baik selepas mengambil batu ini. Hal ini kemungkinan disebabkan batu ini masih mengandungi separuh komposisi batu tulen dan bercampur dengan herba atau ubat atau bahan seperti steroid yang masih boleh menghasilkan kesan perubatan. Walaubagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya tidak mengambil batu ini sebelum mengetahui sama ada komposisi batu ini akan membahayakan kesihatan atau tidak.

Cara mengenalpasti ketulenan

Kebanyakan barang yang berharga mempunyai barang tulen dan palsu. Begitu juga dengan batu landak. Terdapat banyak kes pelanggan terbeli batu palsu dengan harga yang tinggi pada masa kini. Amat ketara bahawa sama ada peniaga atau pembeli, kedua-dua pihaknya tidak semestinya mempunyai kepakaran terhadap batu landak. Ciri-ciri di bawah merupakan pengalaman penilaian batu landak oleh syarikat Sunny Coco:

Warna

Batu landak terdapat dalam pelbagai warna semula jadi. Biasanya boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu dari warna muda ke warna gelap: coklat, hijau, hitam dan merah. Terdapat juga warna kuning di tengah batu. Kain basah boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada batu tersebut terkena warna lain atau memang warna asal batu tersebut.

Luaran

Tahap kesihatan dan organisasi gen landak akan menghasilkan batu landak yang berlainan bentuk malah kasar permukaannya. Permukaan batu landak kelihatan dipenuhi oleh bijian fiber yang bersinaran di bawah pemerhatian mikroskop dengan berpuluh-puluh ganda kuasa.

Kesan lingkungan dalaman

Batu landak tulen mempunyai kesan lingkungan dalaman yang semula jadi dan tiada kekosongan di antara lingkungannya. Sesetengah permukaan batu landak akan menghasilkan serbuk yang senang tanggal apabila disentuh. Sebaliknya, kesan lingkungan batu palsu amat kemas dan ketara. Terdapat kekosongan di antara linkungan dalamannya.

Rasa

Batu landak tulen membawa rasa pahit. Terdapat sesetengah batu tulen kepahitannya mudah tawar dalam masa yang sengkat; manakala terdapat juga kepahitan batu landak tulen yang tahan untuk tempoh masa yang lama. Terdapat juga batu tulen yang membawa sedikit rasa masam atau seperti kayu. Serbuk batu landak akan meresap ke dalam lidah dan air liur akan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan berterusan apabila diletakkan di bawah lidah selama satu hingga dua minit. Kesan-kesan ini tidak akan dihasilkan oleh batu landak yang palsu. Walaupun kebanyakan batu palsu membawa rasa pahit, namun rasanya lebih cenderung kepada rasa ubat-ubatan.

Oleh sebab habitat dan herba yang dimakan oleh setiap landak berbeza-beza, kemungkinan untuk mendapatkan beberapa batu landak yang mempunyai warna, luaran, dan rasa yang sama adalah sangat rendah. Sekiranya terdapat keadaan demikian, besar kemungkinan terdapat batu palsu di antaranya.

Berita

Kebanyakan barang yang berharga mempunyai barang tulen dan palsu. Begitu juga dengan batu landak. Kini, terdapat banyak pembeli terbeli batu palsu dengan harga tinggi dalam pelbagai keadaan yang mengakibatkan kerugian. Artikel mengenai berita tersebut juga selalu dipaparkan dalam akhbar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Oleh itu, pembeli perlu memastikan asal usul dan ketulenan batu landak sebelum membeli. Pembeli juga dinasihatkan untuk membeli batu landak dengan pembeli yang mempunyai reputasi tinggi untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa seterusnya.

Berita Lebih