Apa itu asid amino

Asid amino ialah bahan asas yang menghasilkan protein. Ia berkait rapat dengan aktiviti dan kehidupan. Asid amino mempunyai fungsi fisiologi yang istimewa dalam sistem imuniti. Ia merupakan salah satu komposisi nutrien yang tidak boleh diabaikan.

Terdapat pelbagai jenis asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino yang menghasilkan protein. Namun, badan kita hanya boleh menghasilkan 10 jenis asid amino semula jadi atau digelar sebagai asid amino kurang penting. Asid amino yang digelar sebagai asid amino penting selebihnya perlu diperolehi daripada pemakanan harian. Kekurangan asid amino akan menyebabkan protein berkurangan dan mengakibatkan penyakit. Adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian apabila badan rasa letih dan mengalami kecederaan semasa bersenam. Asid amino boleh membantu dan memperbaiki serta memulihkan sel dan tisu badan.

Laporan kajian penyelidikan batu landak menunjukkan batu landak mengandungi melebihi 10 jenis asid amino yang boleh memperbaiki keadaan pelbagai penyakit.

Alanin

Mengelakkan penghasilan batu ginjal; membantu metabolisma glukosa yang bertujuan untuk menurunkan kandungan gula dalam darah; membetulkan tenaga badan.

Arginin

Membantu perpisahan sel dan tisu untuk pemulihan luka; menguatkan sistem imuniti; membantu pemulihan hati; meningkatkan kualiti sperma; mengurangkan risiko kemandulan; menurunkan tekanan darah; melancarkan pengaliran darah.

 

Asid aspartik

Mengubati sakit jantung dan tekanan darah tinggi; meningkatkan fungsi hati; menghilangkan keletihan; menyingkirkan racun; Mengawal fungsi otot jantung; mengurangkan penggunaan oksigen; melindungi otot jantung semasa aktiviti anaerobik.

Leusin

Menurunkan kandungan gula dalam darah dan mengawal tahap gula; memulihkan otot; meningkatkan penghasilan hormon tumbesaran; mengawal lemak dalam otot dalaman; mempercepatkan pemulihan tulang, kulit dan otot terluka. Sesiapa yang kekurangan leusin akan menghadapi simptom seperti kekurangan kandungan gula dalam darah seperti kepeningan dan kesakitan kepala, keletihan dan kemurungan.

 

Lisin

Meningkatkan selera makan; membaiki kualiti tidur; menguatkan tubuh badan; membantu tumbesaran otak; meningkatkan kepintaran. Meningkatkan imuniti badan; menambah sel darah merah; membantu penyerapan kalsium. Mencegah penyakit sakit jantung dan strok. Asid amino ini amat diperlukan oleh orang tua dan pesakit yang lemah sistem imunitinya.

Fenilalanin

Menyerang kanser dan mencegah pembesaran tumor. Memastikan kelancaran aktiviti sistem saraf; boleh mengubati penyakit bahagian otak; mengurangkan kesan sampingan melatonin; berkesan untuk mengubati penyakit vitiligo.

 

Serin

Membantu metabolisma asid fatty dan gliserol; membantu tumbesaran otot dan mengekalkan sistem imuniti; mengurangkan kesakitan.

Treonina

Mengekalkan keseimbangan protein dalam badan;mendorong tumbesaran. Menyokong kesihatan arteri jantung, hati, sistem saraf dan sistem imuniti. Membantu penghasilan tulang dan gigi yang kuat, dan mendorong pemulihan luka. Membantu hati menyingkirkan lemak dan meningkatkan fungsi penghadaman lemak tidak tepu. Badan yang kekurangan treonina akan menyebabkan hati menghasilkan banyak lemak dan akhirnya memudaratkan fungsi hati.

Berita Lebih