Apa itu batu landak?

Ubat sakti terakhir di alam - raja ubat batu landak

 

Batu landak ialah sejenis herba cina tradisional yang sangat bernilai.

Batu Landak ialah sejenis bahan yang menyerupai batu dalam badan landak. Sudah sekian lama batu landak ini digunakan dalam masyarakat memandangkan batu landak mampu menyembuhkan pesakit yang menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati. Selalunya batu landak ini mampu menyelamatkan nyawa anda di ambang kemautan. Batu landak ini merupakan bahan yang jarang ditemui dan memiliki nilai perubatan yang amat tinggi. Pada masa yang sama, kami juga perlu mengenali landak, sejenis haiwan yang jarang ditemui dengan lebih mendalam. Bahagian isi, perut, hati, hempedu, duri, dan lemak landak boleh digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan. boleh juga dikatakan seluruh badan landak bernilai tinggi. Kesemua bahagian landak mengandungi protein yang tinggi, lemak kurang, tiada pencemaran, dan mengandungi banyak kalsium, iodin dan bahan mineral lain yang berkhasiat.

Landak ialah sejenis binatang menyusui atau mamalia yang berduri seluruh badan dan tinggal di hutan. Landak mempunyai kekuatan hidup yang sangat tinggi. Landak selalunya cepat sembuh dari penyakit disebabkan tabiat pemakanannya. Landak ialah herbivor yang sangat suka makan bahagian batang dan akar tumbuh-tumbuhan yang pahit. Umum diketahui kebanyakan herba juga membawa rasa pahit.

Oleh itu, landak memiliki fungsi sistem imuniti yang mampu menyingkirkan kuman dan bakteria penyakit. Landak akan mencari dan makan sejenis herba apabila ia sakit atau terluka. Herba yang dimakan oleh landak akan dihadam dan bercampur dengan bahan anti kuman untuk menghasilkan sejenis bahan pelerai bagi meleraikan kuman yang terdapat dalam badan landak. Oleh itu, landak dikatakan cepat sembuh dari penyakit yang dihidapi. Namun terdapat juga sesetengah bahan pelerai singgah di dalam badan landak, lama-kelamaam bahan pelerai tersebut menghasilkan batu iaitu batu landak.

Kesihatan, kekuatan, organisasi gen, dan habitat untuk memperolehi herba sebagai makanan akan mempengaruhi struktur batu landak. Hal ini memberi sebab bagi menjelaskan perbezaan permukaan, kelicinan, saiz, kualiti dan warna setiap batu landak. Semakin lama batu landak itu singgah di dalam badan landak, saiznya semakin besar. Begitu juga dengan nilai perubatan dan kuailiti yang jauh lebih tinggi berbanding dengan batu landak yang kecil.

Namun bukan setiap landak mempunyai batu di dalam badannya. Kalau ada pun hanya sebiji. Oleh itu, nilai dan harga batu landak adalah sangat tinggi berbanding dengan ubat biasa. Setiap batu landak adalah berbeza dari segi visual. Oleh itu, pengetahuan untuk menilai ketulenan batu landak amat diperlukan dan sangat mencabar.

Kegunaan perubatan batu landak- Berdasarkan rekod dalam sejarah herba cina tradisional, moyang kita dan sesetengah orang asli telah lama menggunakan batu landak untuk tujuan perubatan. Sejajar dengan perkembangan bidang perubatan, kajian penyelidikan juga telah membuktikan keberkesanan dan nilai batu landak dalam dunia perubatan.

Landak bukannya landak mini. Sesetengah masyarakat yang keliru terhadap kedua-dua haiwan ini mungkin akan beranggapan bahawa landak ialah landak mini. Sebenarnya, terdapat perbezaan antara kedua-dua binatang ini.

 

Landak bukannya landak mini.
Sesetengah masyarakat yang keliru terhadap kedua-dua haiwan ini mungkin akan beranggapan bahawa landak ialah landak mini. Sebenarnya, terdapat perbezaan antara kedua-dua binatang ini.

Bahagian belakang dan sisi badan landak mini penuh dengan duri; manakala bahagian kepala, ekor dan perut pula penuh dengan bulu keras. Mulutnya tajam dan panjang, ekor pula pendek. Kesemua kakinya mempunyai lima jari, bergerak menggunakan kaki depan. Terdapat juga sesetengah landak mini yang mana kaki depannya hanya mempunyai empat jari. Gigi landak mini biasanya merangkumi 36-44 batang gigi. Kesemua giginya tajam untuk melicinkan proses pemakanan serangga.

Kesemua duri di seluruh badan landak mini akan berdiri umpama bola berduri apabila landak mini terkejut. Kepala dan keempat-empat kakinya juga tidak dapat dilihat apabila landak mini terkejut. Landak mini merupakan Erinaceidae dalam mamalia. Landak mini biasa yang dijumpa ialah Landak mini Eropah. Landak mini Eropah ini bertaburan luas di bahagian Eropah, bahagian Utara Asia, di bahagian Utara China dan Sungai Yangtze. Landak mini Eropah mengalami hibernasi semasa musim sejuk dan digelar juga sebagai " badger pencuri tembikai" dalam kalangan masyarakat Sunan.

Landak ialah sejenis tikus yang mempunyai duri. Duri berperanan untuk melindungi dirinya daripada serangan musuh. Landak terdapat dalam warna coklat, kelabu, dan putih. Landak yang berlainan jenis mempunyai duri yang berlainan bentuk. Kesemua landak mempunyai bulu keras di mana permukaanya mempunyai selapis keratin dan memasuki bahagian otot. Landak di China mempunyai duri dalam sekelompok manakala landak di Amerika pula mempunyai luaran yang terhasil daripada campuran bulu keras dan duri. Duri landak sangat tajam dan senang gugur. Duri ini akan menyerang mush landak. Duri landak boleh tergantung pada kulit dan susah diasingkan.

Nama bahasa Inggeris Landak ialah Porcupine.

Berita Lebih