Batu "darah"

Batu landak yang mengandungi batu ini tumbuh di kawasan gunung berapi, Batu ini semakin berkurangan disebabkan penerokaan tanpa berhenti terhadap kawasan penghasilannya. Batu ini berwarna merah dari luar sampai dalam manakala teskturnya sangat keras. Kepahitan batu "darah" yang dapat dirasai walaupun hanya cuba sedikit oleh lidah merupakan kualiti batu yang tertinggi dan juga termahal dari segi harga.

 

Batu "serbuk"

Batu ini diperolehi daripada landak yang lebih kuat. Komposisi bahan ini terhasil dalam badan landak untuk tempoh yang lebih lama. Kebanyakan warna batu ini ialah coklat, merah jambu, dan coklat-kemerahan. Luarannya lebih licin manakala isinya lebih padat di mana batu ini lebih keras berbanding dengan batu lain. Sesetengah batu "serbuk" menunjukkan lapisan linkungan yang nipis apabila dipotong secara mendatar. Batu ini mempunyai kewangian herba yang kuat. Rasanya pahit. Batu "serbuk" mempunyai nilai perubatan yang paling tinggi.

 

Batu "separuh serbuk"

Tahap kesihatan dan habitat untuk memperolehi herba yang berlainan adalah berbeza antara setiap landak. Hal ini memnghasilkan batu landak yang berlainan. Dari segi luaran, batu ini berwarna coklat-kmerahan, merah jambu, coklat-kehijauan dan lain-lain. Permukaannya lebih kasar dan mengandungi sesetengah rumput dan kayu. Batu ini membawa rasa keras dan lembut apabila disentuh serta pahit apabila dirasai. Nilai perubatannya lebih kurang sama dengan batu "serbuk" namun lebih murah.

 

Batu "rumput"

Luaran batu ini jauh lebih kasar berbanding dengan batu "serbuk" dan batu "separuh serbuk". Batu ini mempunyai warna coklat-kehijauan dan mengandungi banyak rumput asing. Batu ini membawa perasaan yang sama seperti batu "separuh serbuk" apabila disentuh dan membawa rasa pahit. Batu ini boleh dijadikan ubat dalam bentuk serbuk. Batu "rumput" mempunyai nilai perubatan yang agak tinggi walaupun harganya paling rendah berbanding dengan batu lain.

Berita Lebih