Kesan perubatan batu landak yang biasa

Mengikuti catatan buku perubatan lama seperti "Compemdium of Materia Medica", "Lu Chuan Materia Medica", dan "Dietetic Materia Medica", bahagian-bahagian penting landak seperti bahagian perut, isi, dan duri amat bermanfaat dan digunakan dengan meluas dalam penghasilan ubat. Ubat-ubatan yang dihasilkan dengan bahagian-bahagian penting landak ini amat berguna untuk meredakan hangat, dan bertujuan untuk mengubati penyakit-penyakit seperti jaundis, edema, beri-beri, dan pengaliran gas dalam badan.

Menurut "Dietetic Materia Medica", pesakit yang mengalami kekembungan perut boleh diubati memalui cara ini: Membakar sisa makanan yang ada dalam perut landak dan jadikan serbuk serta minum sekali dengan campuran air suam dan "er qian bi" iaitu sejenis herba sebelum makan. "Compemdium of Materia Medica" dan "Lu Chuan Materia Medica" menyatakan bahagian isi landak dapat melancarkan aktiviti usus besar dalam badan kita.

Walaupun buku perubatan zaman dahulu tidak mempunyai catatan mengenai batu landak yang mendalam, namun batu landak telah lama diperkenalkan dan digunakan dalam masyarakat Asia Tenggara beratus-ratus tahun yang lalu. Umum diketahui bahawa batu landak ini membawa keajaiban dengan menyembuhkan pesakit yang menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati. Selalunya batu landak ini mampu menyelamatkan nyawa anda di ambang kemautan. Pada masa yang sama, batu landak yang terhasil di hutan hujan Indonesia boleh dikatakan paling bernilai. Hal ini disebabkan pemakanan oleh landak di Sumatera adalah bersih dan bebas dari pencemaran serta mengandungi tumbuh-tumbuhan semula jadi yang amat bernilai dan mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi. Batu landak yang tumbuh di Indonesia adalah lebih besar dan berkhasiat disebabkan banyak herba tumbuh di kawasan hutan yang luas di Indonesia. Oleh itu, batu landak yang terhasil di Indonesia adalah jauh lebih tinggi dari segi kualitinya berbanding dengan batu landak dari tempat lain. Batu landak yang tumbuh di Indonesia sangat berkualiti dan jarang ditemui. Oleh itu, batu landak mempunyai nilai untuk disimpan, digunakan sebagai ubat, dan juga untuk tujuan koleksi.

Di sini, Sunny Coco menyuarakan bahawa batu landak ini bukan ubat sakti, tetapi mampu mengubati pelbagai penyakit. Adalah dipercayai bahawa pengguna batu landak memahami keberkesanan batu landak ini jauh lebih baik daripada ubat-ubatan yang diimport dari luar negara. Sebenarnya, Sunny Coco telah menggunakan pil tidur selama 15 tahun sehingga tidak dapat tidur selama tiga hari sekiranya sehari tidak makan pil tidur. Hal ini menyebabkan usus besar, tahap kolesterol, dan penyakit hati timbul. Untuk mengubati penyakit, Sunny Coco telah cuba menggunakan pelbagai ubat-ubatan kesihatan yang mahal tetapi tidak berkesan. Namun, setelah Sunny Coco mencuba batu landak ini selama dua minggu, beliau tidak perlu bergantung pada pil tidur lagi untuk masuk tidur. Bukan itu sahaja, pelbagai masalah kesihatan seperti usus besar, tahap kolesterol, dan penyakit hati juga bertambah baik.

 

Simptom biasa untuk mengenalpasti penyakit

Simptom ialah perasaan pesakit apabila berlaku perubahan pada fungsi fisiologi dalam keadaan sakit. Secara klinikalnya, kebanyakan penyakit mempunyai simptom luaran. Terdapat ramai pesakit mendapatkan rawatan sahaja apabila mereka berasa tidak selesa. Oleh itu, simptom dikatakan memberi 'signal' terhadap kewujudan sesuatu penyakit. Memahami simptom biasa penyakit merupakan langkah yang penting dalam pencegahan awal sesuatu penyakit.

Terdapat banyak simptom penyakit di dunia ini. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan sesetengah simptom yang biasa dan penting supaya pembaca sekalian dapat menganalisis penyakit yang dihidapi sendiri dan mendapatkan rawatan di hospital segera. Pengenalpastian dan rawatan awal diperlukan untuk mengelakkan keadaan penyakit berlarutan.

Berita Lebih